Rabu, 19 Oktober 2011

Jangan Kita Sedih................


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kita,
tapi sedihlah kerana kita tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kita,
tapi sedihlah kerana kita tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kita,
tapi sedihlah kerana kita belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kita,
tapi sedihlah kerana kita tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina kita,
tapi sedihlah kerana kita membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki kita,
tapi sedihlah kerana kita bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita,
tapi sedihlah kerana kita tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih kerana kita selalu jatuh,
tapi sedihlah kerana kita tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup kita pahit dan getir,
tapi sedihlah kerana kita tak pernah belajar dari pengalaman.

Namun ingatlah ………..
kunci masalah selalu ada dalam diri , bukan di luar ..

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More